BERITA UTAMA

Selangor belanja RM250,000 bantu pemuzik jana pendapatan

25 Ogos 2021, 6:53 AM
Selangor belanja RM250,000 bantu pemuzik jana pendapatan

SHAH ALAM, 25 OGOS: Kerajaan Negeri memperuntuk sebanyak RM250,000 bagi membantu pemuzik jalanan atau busker yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah berkata inisiatif melalui projek Kita Buskers Selangor memanfaatkan 500 pemuzik yang berdaftar bawah kelab atau persatuan negeri.

"Daripada 2,000 yang berdaftar, hanya sekitar 500 masih aktif kerana sejumlah besar bertukar kerjaya dengan menjadi penghantar makanan dan sebagainya.

"Justeru mereka yang masih aktif akan mendapat manfaat daripada program ini seterusnya membantu meringankan bebanan kewangan dan emosi mereka akibat pandemik," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan lisan wakil rakyat Sementa Dr Daroyah Alwi berhubung langkah kerajaan membantu pemain seni dan adat Melayu ketika pandemik pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sementara itu, Borhan berkata Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) akan mewujudkan muzium permainan di Kuala Selangor sebagai tarikan pelancongan terbaharu.

Beliau berkata persiapan yang kini pada tahap akhir memakan masa berikutan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan sejak awal tahun.

"Apabila siap kelak, muzium ini bukan sahaja dijadikan pusat tarikan kesenian dan pelancongan malah menjadi pusat aktiviti permainan tradisional secara berkeluarga," katanya.

Pada 7 Ogos, Borhan berkata Kerajaan Negeri membela nasib busker dengan menempatkan mereka di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih termasuk empat PPV mega bawah persekutuan

Projek Kita Buskers Selangor selama sebulan mulai mulai 15 Ogos membabitkan PPV Bangi Avenue, Sunway, Dewan MBPJ, MSU Shah Alam, Tanjung Sepat dan Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619