BERITA UTAMA

Ahli politik harus galas mandat rakyat, patuh titah Sultan

24 Ogos 2021, 3:26 PM
Ahli politik harus galas mandat rakyat, patuh titah Sultan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Semua ahli politik harus bertanggungjawab dan melaksanakan tugas mengikut mandat rakyat, kata timbalan speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).

Hasnul Baharuddin berkata perebutan kuasa tidak seharusnya berlaku dan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor semalam harus menjadi ingatan.

"Sudah tentu titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkait dengan suasana DNS meskipun kemungkinan untuk berlaku perebutan kuasa itu amat rendah tetapi ingatan Tuanku perlu dipatuhi.

"Setiap ahli politik harus bertanggungjawab dan melaksana tugas mengikut mandat rakyat...sebagai wakil rakyat kita perlu menumpukan usaha menangani penularan wabak Covid-19," katanya.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib berkata demikian menerusi rancangan Bual Bicara yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor, malam ini.

Semalam, Sultan Selangor ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DNS ke-14 mengingatkan ahli politik supaya tidak merebut kuasa hingga mengabaikan tanggungjawab membela rakyat.

Baginda bertitah rakyat terpaksa menanggung kesusahan apabila keadaan politik tidak stabil akibat perebutan kuasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619