AGENDA

Jumlah mangsa banjir Perak meningkat kepada 284 orang

22 Ogos 2021, 9:25 AM
Jumlah mangsa banjir Perak meningkat kepada 284 orang

IPOH, 22 OGOS: Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini meningkat kepada 284 orang daripada 78 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 222 orang pagi tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata terdapat peningkatan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu daerah Kerian iaitu daripada 44 orang pagi tadi kepada 68 orang petang ini membabitkan 19 keluarga.

“Di daerah yang sama, mangsa di PPS SK Changkat Lobak meningkat kepada 104 mangsa daripada 25 keluarga. Di daerah Larut Matang dan Selama pula, jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Matang menurun kepada 102 mangsa berbanding pagi tadi seramai 107 mangsa," katanya.

Sementara itu di daerah Kampar sebuah PPS baharu telah dibuka pada 11 pagi tadi iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Batu 20 berikutan banjir yang berlaku di Kampung Batu 20 melibatkan 10 mangsa daripada dua keluarga.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi pula memaklumkan setakat 1.30 tengah hari tadi hanya kenderaan berat sahaja boleh melepasi kawasan banjir selepas laluan keluar Plaza Tol Alor Pongsu (luar kawasan selenggaraan PLUS).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619