AGENDA

Banjir Perak pulih sepenuhnya, pusat pemindahan sementara ditutup

11 Jan 2021, 3:42 AM
Banjir Perak pulih sepenuhnya, pusat pemindahan sementara ditutup

IPOH, 11 JAN:  Banjir yang melanda Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak ditutup 9 pagi ini.

Pengerusi Bencana Daerah Hilir Perak Mohd Hizaz Mohd Ibrahim berkata semua 44 mangsa di PPS berkenaan yang dibuka sejak 4 Jan lepas, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan di kawasan terjejas beransur pulih.

"Terima kasih kepada agensi kerajaan, tok penghulu, individu, NGO dan semua pihak yang bertungkus lumus membantu serta menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang beroperasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619