EXCO

Selangor rancang buka kawasan pelancongan, tempat bersejarah kepada pelawat

21 Ogos 2021, 9:02 AM
Selangor rancang buka kawasan pelancongan, tempat bersejarah kepada pelawat

PETALING JAYA, 21 OGOS: Kerajaan Negeri meneliti membuka beberapa kawasan pelancongan dan tempat bersejarah kepada pelawat apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

EXCO kebudayaan dan warisan berkata ia sebagai usaha membantu merancakkan semula sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Kita juga merancang untuk menganjurkan beberapa program kemasyarakatan apabila PKP dilonggarkan seperti pertandingan permainan wau dan gasing.

"Setakat ini penganjuran aktiviti dalam talian seperti Senandung Aidilfitri, Rentak Selangor dan anugerah Hadiah Sastera Selangor dapat sambutan menggalakkan," kata Borhan Aman Shah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.

Pada 1 Mac, Kerajaan Negeri julung kali menganjurkan Program Rentak Selangor secara maya dengan menampilkan 10 jenis kebudayaan.

Program yang bersiaran selama satu jam di Warisan Hall Studio Sijangkang, Kuala Langat mempersembahkan tarian pooja, muzik gambus, tarian kuda dan muzik cempuleng.

Program itu juga menjadi platform anak untuk seni untuk membuat persembahan dalam tempoh PKP.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619