AGENDA

Portal kitaselangor.my mudahkan mohon 24 inisiatif negeri

19 Ogos 2021, 12:54 PM
Portal kitaselangor.my mudahkan mohon 24 inisiatif negeri

SHAH ALAM, 19 OGOS: Memohon inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 kini semakin mudah dan hanya di hujung jari dengan pelancaran portal kitaselangor.my.

Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) berkata orang ramai hanya perlu menekan butang "mohon di sini" dan memilih bantuan di halaman menampilkan 24 inisiatif bawah pakej berkenaan.

Menurut Dr Fahmi Ngah pemohon kemudiannya perlu memasukkan butiran peribadi atau syarikat, menekan "butang hantar" dan akan menerima pemberitahuan penerimaan permohonan melalui e-mel.

"Setiap permohonan bantuan atau inisiatif akan sampai terus kepada bahagian yang menguruskannya.

"Orang ramai juga boleh merujuk perkembangan pelaksanaan setiap inisiatif bagi mengetahui sama ada kuota bantuan masih ada atau telah penuh," katanya kepada Selangorkini hari ini.

Fahmi berkata portal dibangunkan SSDU dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor itu menerima 5,800 permohonan hanya selepas dua hari dilancarkan.

"Ini satu perkembangan baik dan memudahkan warga negeri ini memohon bantuan tanpa perlu merujuk  ke satu-satu agensi seperti sebelum ini.

"Ini selaras hasrat Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari yang mahu memudahkan rakyat memohon setiap inisiatif disediakan Kerajaan Negeri," katanya.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, usahawan, pelajar dan penggiat pelancongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619