AGENDA

Pindaan Enakmen Keluarga Islam Selangor dijangka dibentang tahun depan

28 Jun 2025, 10:19 AM
Pindaan Enakmen Keluarga Islam Selangor dijangka dibentang tahun depan

SHAH ALAM, 28 JUN: Kajian untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di peringkat akhir dan dijangka dibentang pada tahun hadapan, kata EXCO hal ehwal Islam.

Dr Mohammad Fahmi Ngah memberitahu Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang memperhalusi cadangan berkenaan bagi memperkukuh institusi kekeluargaan Islam di negeri ini.

“Sedang diteliti pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 untuk isu nikah tanpa kebenaran, nikah sindiket dan poligami tanpa kebenaran (mahkamah). Kajian dalam peringkat akhir.

“Kita (jangka) akan bentangkan tahun depan, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebab ada isu-isu teknikal. Saya maklum banyak perbincangan dua hala dilaksana untuk tangani isu ini,” katanya kepada Media Selangor.

Mengulas mengenai gangguan orang ketiga dalam institusi rumah tangga, beliau berkata, tiada cadangan pindaan kerana ada peruntukan jelas dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Seksyen 32,33 dan 34.

“Ini kerana jika disabitkan kesalahan bawah mana-mana seksyen ini, individu tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Peruntukan ini bertujuan melindungi institusi perkahwinan dan keharmonian rumah tangga daripada gangguan pihak ketiga yang boleh menyebabkan keretakan atau perceraian,” katanya.

Beliau menjelaskan, lima faktor utama yang mendorong perceraian termasuklah suka berbohong, dipukul atau didera, mengabaikan nafkah zahir dan urusan rumah tangga serta tiada persefahaman

Bagaimanapun, Dr Mohammad Fahmi memberitahu, terdapat aduan gangguan orang ketiga diterima namun tidak banyak dan tidak menunjukkan peningkatan ketara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619