AGENSI

200,000 keluarga terjejas PKP terima bakul makanan negeri

15 Ogos 2021, 5:36 AM
200,000 keluarga terjejas PKP terima bakul makanan negeri

GOMBAK, 15 OGOS: Kira-kira 200,000 keluarga yang terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat bantuan bakul makanan di bawah dua Pakej Kita Selangor tahun ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan berupa keperluan asas seperti beras, gula dan minyak masak diagihkan kepada 1,000 hingga 4,000 keluarga di setiap 56 Dewan Undangan Negeri.

“Dianggarkan 150,000 hingga 200,000 keluarga termasuk mereka dijangkiti Covid-19 dibantu dengan pemberian bakul makanan dibuat setiap minggu malah setiap hari di sesetengah kawasan," katanya selepas menyerahkan sumbangan makanan kepada wakil penduduk sekitar Gombak di sini hari ini.

Bantuan disumbangkan Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Lions Club.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan setiap DUN menerima bantuan tambahan RM50,000 menerusi Program Bakul Makanan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Turut menerima peruntukan tambahan dalam menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat ahli parlimen Pakatan Harapan berjumlah RM30,000.

Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta meliputi tiga strategi dan 25 program bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619