BERITA UTAMA

Selangor lancar program penjagaan kesihatan mental pada 30 Ogos

15 Ogos 2021, 12:30 AM
Selangor lancar program penjagaan kesihatan mental pada 30 Ogos

SHAH ALAM, 15 OGOS: Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) bakal dilancar oleh Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari pada 30 Ogos ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata program itu bertujuan membantu penduduk Selangor meluahkan tekanan mental yang dihadapi terutama dalam mendepani pandemik Covid-19.

"Kerajaan Negeri memperuntuk sebanyak RM500,000 bagi melaksanakan program ini demi meningkatkan kesedaran rakyat kepentingan menjaga kesihatan mental ketika musim wabak ini.

"Fungsi SEHAT nanti boleh diakses melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan daripada situ ada talian untuk pengguna berbual dengan pakar kaunselor tanpa berjumpa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Pra Pelancaran SEHAT Selangor di Facebook Kita Selangor, semalam.

Dr Siti Mariah berkata pengguna juga akan diberi penglibatan awal mengenai kaedah untuk menangani penyakit mental menerusi paparan video psikologi.

Program itu turut mendapat kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Sains Malaysia dan Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (Miasa).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619