AGENDA

8.9 tan makanan ikan tanpa permit dari China dirampas

14 Ogos 2021, 2:38 AM
8.9 tan makanan ikan tanpa permit dari China dirampas

SHAH ALAM, 14 OGOS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas sejumlah 8,938 kilogram (kg) makanan ikan dari China di Pelabuhan Klang Barat, dekat sini, kelmarin.

MAQIS Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontena yang membawa makanan ikan dianggarkan bernilai RM98,466.73 itu ditahan susulan pemeriksaan rutin yang dilakukan pada jam 5 petang.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati makanan ikan yang telah diproses itu tidak mempunyai permit import yang sah dikeluarkan oleh MAQIS," menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619