ADN

Wakil rakyat Bukit Lanjan cadang PPV dibuka di kampung Orang Asli

12 Ogos 2021, 4:50 AM
Wakil rakyat Bukit Lanjan cadang PPV dibuka di kampung Orang Asli

PETALING JAYA, 12 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan mencadangkan supaya pemberian vaksin Covid-19 melibatkan perkampungan Orang Asli dibuat terus ke kawasan tersebut dan berperanan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

Elizabeth Wong berkata usaha itu dilihat lebih efektif kerana memudahkan golongan daripada kawasan mendapat suntikan pelalian di penempatan yang dekat dengan mereka.

"Aduan diterima Orang Asli berdepan kesukaran dengan sebahagiannya tidak dapat hadir ke PPV yang agak jauh dari perkampungan mereka terutama di daerah Petaling walaupun fasiliti disediakan bagus," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas melawat program Vaksin Orang Asli di PPV Dewan Desa Temuan Bukit Lanjan di sini semalam.

Pemberian vaksin untuk penduduk Kampung Orang Asli Desa Temuan itu adalah di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Beliau berkata program itu memperuntuk lebih 300 dos suntikan vaksin kepada Orang Asli di perkampungan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619