AGENDA

Masyarakat Orang Asli harap permudah bantuan RM300 sebulan, ringan beban belanja

30 Jul 2022, 9:49 AM
Masyarakat Orang Asli harap permudah bantuan RM300 sebulan, ringan beban belanja
Masyarakat Orang Asli harap permudah bantuan RM300 sebulan, ringan beban belanja
Masyarakat Orang Asli harap permudah bantuan RM300 sebulan, ringan beban belanja

PETALING JAYA, 30 JULAI: Penduduk Kampung Orang Asli Desa Temuan berharap layak mendapat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) bagi meringankan beban belanja.

Suziana Angan, 32, berkata dia sekeluarga terpaksa berjimat cermat memandangkan sumber pendapatan mereka hanya bergantung kepada suami yang berkerja sebagai pemandu lori.

[caption id="attachment_533024" align="alignleft" width="282"] Suziana Angan. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Katanya ketika ini banyak barang keperluan naik harga hingga menyebabkan mereka terkesan dan perlu bijak menyusun kewangan.

“Saya hanya suri rumah dan mengurus tujuh anak berusia enam bulan hingga 16 tahun. Jadi memang memerlukan bantuan supaya kepeluan dapat dipenuhi.

“Terima kasih anjurkan program ini. Nak isi sendiri mungkin susah sebab kurang mahir guna teknologi,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Lanjan mengadakan pendaftaran insentif Kerajaan Negeri iaitu Bingkas, Skim Mesra Usia Emas dan Iltizam Sihat Selangor kepada penduduk Orang Asli.

Sementara itu warga emas Siti Aisyah Abdullah berkata inisiatif wakil rakyat Elizabeth Wong membuka kaunter pendaftaran memudahkan dirinya membuat permohonan ditawar Kerajaan Negeri.

[caption id="attachment_533025" align="alignright" width="279"] Siti Aisyah Abdullah. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Makcik nak isi sendiri tak reti. Membaca pun boleh sikit-sikit. Hari ini semua makcik daftar. Selama ini makcik tak pernah dapat bantuan sebab tak tahu mohon.

“Harap semua permohonan layak. Makcik tak kerja, suami pun dah meninggal. Anak yang tanggung sekarang,” katanya.

Bingkas menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal) bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Program yang merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang (ISP) itu membolehkan penerima mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan atau RM3,600 setahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619