AGENDA

MB harap rakyat kekal teguh, cekal depani cabaran Covid-19 (VIDEO)

10 Ogos 2021, 8:39 AM
MB harap rakyat kekal teguh, cekal depani cabaran Covid-19 (VIDEO)

SHAH ALAM, 10 OGOS: Dato' Menteri Besar berharap rakyat terus teguh dan cekal berdepan cabaran dalam menangani pandemik Covid-19.

Dato' Seri Amirudin Shari juga mengajak orang ramai terus berikhtiar membantu individu yang memerlukan di sekeliling.

"Selamat Tahun Baru 1443H saya ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Harapan saya agar kita terus teguh dan cekal menghadapi cabaran menangani Covid-19.

"...serta terus berikhtiar membantu mereka yang memerlukan di sekeliling kita. Bersama kita menuju kejayaan," katanya di Facebook.

Amirudin turut berkongsi keratan video sempena sambutan Maal Hijrah 1443H yang menyeru rakyat agar sedia berubah ke arah lebih baik.

"Kadangkala kita perlu berubah dan perubahan itu adalah sebahagian daripada ketentuan dan lumrah kejayaan," katanya.

             

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619