BERITA UTAMA

MBSA ubah suai lori bawa jenazah pesakit Covid-19

9 Ogos 2021, 12:45 AM
MBSA ubah suai lori bawa jenazah pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 9 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif mengubah suai sebuah lori untuk dijadikan kenderaan membawa jenazah pesakit Covid-19.

Ketua Bahagian Korporatnya berkata usaha itu bagi membantu mempercepat pengurusan jenazah untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam di Seksyen 21 di sini.

"Lori yang diubah suai ini boleh membawa 12 jenazah dalam satu-satu masa dari hospital yang ditetapkan. Proses pengebumian kelmarin melibatkan jenazah dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

"Kita berharap kenderaan ini dapat membantu mempercepat proses pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dan memudahkan urusan semua pihak," kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Malaysia mencatatkan angka korban tertinggi semalam sebanyak 360 kes dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 221 kes.

Sebanyak 41 kes kematian turut direkodkan di Kuala Lumpur, Melaka (20), Perak (17), Pulau Pinang (15), Johor (14) dan Kedah (tujuh).

Negeri Sembilan dan Pahang pula masing-masing mencatatkan enam kes, lima di Sabah dan Terengganu, dua di Putrajaya serta satu di Kelantan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619