BERITA UTAMA

MPKS diharap pacu imej baik industri pelancongan, tingkat ekonomi setempat

7 Ogos 2021, 6:58 AM
MPKS diharap pacu imej baik industri pelancongan, tingkat ekonomi setempat

SHAH ALAM, 7 OGOS: Dato' Menteri Besar berharap Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memacu imej baik industri pelancongan kawasan itu bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata penambahbaikan tahap keselamatan dan perkhidmatan produk pelancongan diyakini meningkatkan sumber ekonomi penduduk setempat serta negeri.

"Kuala Selangor yang terletak di utara Selangor telah menjadi pilihan utama rakyat tempatan dan luar negara kerana terkenal dengan produk eko pelancongan.

"Malah, Kuala Selangor merupakan permulaan untuk Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan mengikut kesesuaian dan kepentingan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena pengisytiharan MPKS secara maya hari ini.

Amirudin juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua kumpulan pengurusan dan warga pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang bekerja keras bagi mendapatkan status perbandaran.

"Saya percaya dengan pengalaman serta kepimpinan yang dipertua, seluruh warga kerja akan lebih bersemangat untuk terus memacu kegemilangan ini pada masa depan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619