BERITA UTAMA

Pemandu van sekolah hilang mata pencarian kesan pandemik

7 Ogos 2021, 4:50 AM
Pemandu van sekolah hilang mata pencarian kesan pandemik
Pemandu van sekolah hilang mata pencarian kesan pandemik

PETALING JAYA, 7 OGOS: Pandemik Covid-19 yang berlarutan menyebabkan seorang pemandu van sekolah bergelut dengan masalah kewangan selepas hampir dua tahun hilang mata pencarian.

Norrisah Shaari, 58, berkata pekerjaan yang dilakukan sejak 24 tahun lalu terpaksa dihentikan sementara berikutan penutupan sekolah selain bimbang situasi semasa wabak.

Biarpun masih boleh bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pemandu teksi selain puteri sulung yang menjual makanan snek Jepun (takoyaki), namun ibu lima anak itu mengakui ia sekadar cukup makan.

"Jika dulu saya boleh raih pendapatan mencecah RM5,000 sebulan tetapi sekarang langsung tiada. Malah, dua van yang dimiliki hanya tersadai di rumah.

[caption id="attachment_482511" align="alignleft" width="377"] Norrisah Shaari, 58, pemandu van sekolah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Memang pada suatu ketika kerajaan buka sesi persekolahan namun saya tidak berani ambil risiko apatah lagi melibatkan kanak-kanak kerana kes Covid-19 masih tinggi serta membimbangkan," katanya kepada SelangorKini.

Beliau antara 100 pemandu van sekolah, teksi dan penghantar makanan yang menerima bantuan keperluan asas sumbangan Ahli Dewan Negeri Seri Setia Halimey Abu Bakar di sini semalam.

Menurut Norrisah, dia juga belum bersedia untuk kembali melakukan pekerjaan tersebut walaupun sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka tidak lama lagi.

"Mungkin tidak (teruskan) dalam masa terdekat, saya tunggu keadaan betul-betul pulih kerana keselamatan itu lebih penting buat saya," katanya.

Beliau yang menetap di Kampung Lindungan di sini turut menghargai sumbangan dan keprihatinan wakil rakyat terhadap golongan terjejas pendapatan.

"Seorang kenalan mencadangkan nama saya sebagai penerima bantuan, jadi saya bersyukur dan berterima kasih kepada beliau (Halimey) kerana mengambil berat kesusahan dihadapi penduduk," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619