EXCO

Sistem bernombor pastikan proses suntikan warga asing lancar

6 Ogos 2021, 3:23 PM
Sistem bernombor pastikan proses suntikan warga asing lancar

BANTING, 6 OGOS: Wakil rakyat Tanjung Sepat menggunakan sistem bernombor bagi warga asing yang menerima suntikan tanpa janji temu melalui program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti.

Borhan Aman Shah menjelaskan kaedah itu bagi melancarkan proses suntikan sekali gus mengurangkan kesesakan di pusat pemberian vaksin (PPV) di kawasan berkenaan.

"Nombor yang diberikan ini mempunyai cop DUN Tanjung Sepat dan penerima bukan warganegara boleh hadir mengikut waktu ditetapkan, sementara warganegara boleh terus daftar di kaunter.

"Kita sasar penerima vaksin bagi warganegara dan bukan warganegara hari ini kira-kira 1,000 berbanding jumlah semalam iaitu lebih 800 individu," katanya ditemui di Dewan MPKL Banting Baru.

Borhan yang juga EXCO pembangunan luar bandar turut bercadang menjalankan program Selvax Komuniti sekali lagi bersama tiga DUN lain iaitu Morib, Banting dan Sijangkang.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Selangor kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Maklumat berkaitan program tersebut boleh dicapai dengan melayari laman sesawang vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619