ADN

Suntikan vaksin tanpa janji temu di PPV Dewan MPKL, Banting hari ini

1 Ogos 2021, 11:54 PM
Suntikan vaksin tanpa janji temu di PPV Dewan MPKL, Banting hari ini

SHAH ALAM, 2 OGOS: Orang ramai yang belum menerima janji temu dipelawa hadir ke Dewan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Taman Banting Baru bagi mendapatkan vaksin Covid-19 secara terus hari ini.

Wakil rakyat Hasnul Baharuddin berkata program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib itu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

"Bagi yang belum mendaftar atau belum menerima tarikh daripada MySejahtera dan ingin mengambil suntikan vaksin, boleh hadir secara terus ke pusat pemberian vaksin (PPV) ini pada jam 10 pagi.

"Bagi bukan warganegara pula mereka boleh datang ke PPV yang sama pada jam 1 tengah hari," katanya menerusi Facebook.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memuat turun aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan dan masa menunggu yang lama.

Pada 30 Jun, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Program itu bakal memanfaatkan 1.25 juta penduduk di Selangor yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pekerja industri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619