AGENDA

Pesakit bukan Covid-19 ke swasta, Hospital Selayang tambah katil, tabung oksigen

24 Jul 2021, 6:40 AM
Pesakit bukan Covid-19 ke swasta, Hospital Selayang tambah katil, tabung oksigen

SHAH ALAM, 24 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah kapasiti katil pesakit Covid-19 dan tabung oksigen di Hospital Selayang menerusi ‘Operasi Selayang’.

Timbalan ketua pengarah kesihatan (kesihatan awam) berkata operasi itu merupakan strategi di bawah penubuhan Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF) bagi mengurangkan lonjakan kes Covid-19 di wilayah tersebut.

"Hospital Selayang akan ditukar sepenuhnya menjadi hospital Covid-19 di kawasan Lembah Klang. Pesakit bukan Covid-19 di hospital terbabit akan dipindahkan ke hospital swasta untuk meningkatkan kapasiti katil pesakit kategori tiga, empat dan lima.

"Operasi Selayang dimulakan dan akan selesai dalam 48 jam untuk menyediakan 450 katil selain memastikan bekalan oksigen, ubat-ubatan dan bekalan lain tidak terganggu," Datuk Dr Chong Chee Kheong menerusi kenyataan.

Tambah beliau, GKVSTF akan memberi tumpuan penuh kepada penjagaan klinikal, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan pemantauan kendiri di rumah.

"Pasukan petugas khas juga menumpu kepada epidemiologi, logistik perubatan dan umum, sistem sokongan sosial petugas kesihatan, sumber manusia dan kewangan serta komunikasi strategik," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619