AGENDA

Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang

15 Feb 2023, 8:17 AM
Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pesakit mental yang dipercayai menikam seorang pesakit lelaki di Hospital Selayang.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi berkata seorang saksi melihat mangsa terduduk di lantai di zon kuning hospital berkenaan selepas suspek yang berusia 22 tahun itu menikam di bahagian pinggang sebelah kanan menggunakan pisau pada 3.45 petang semalam.

"Keadaan mangsa stabil setelah menjalani pembedahan dan akibat daripada serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan pada abdomen kiri dan kanan serta di bahagian belakang badan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek telah diberi rawatan dan ditempatkan di Wad Psikiatri Hospital Selayang dan punca suspek bertindak menyerang mangsa masih belum diketahui.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619