AGENDA

Kes pesakit Covid-19 kritikal, perlu bantuan pernafasan naik sekali ganda

20 Jul 2021, 1:14 PM
Kes pesakit Covid-19 kritikal, perlu bantuan pernafasan naik sekali ganda

SHAH ALAM, 20 JULAI: Jumlah kes baharu positif Covid-19 kategori lima iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan meningkat sekali ganda kepada 52 kes berbanding 26 semalam.

Ketua pengarah kesihatan menerusi kenyataan memaklumkan namun hanya 1.5 peratus atau 178 daripada 12,366 kes dilaporkan hari ini berada dalam kategori tiga, empat dan lima.

"Meskipun peratusan kes kategori tiga hingga lima adalah tidak tinggi, namun harus diambil perhatian bahawa kes kategori lima memerlukan purata tempoh jagaan di unit rawatan rapi (ICU) selama 21 hari," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pesakit kategori empat (bantuan pernafasan) memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 14 hari manakala kategori tiga (radang paru-paru) memerlukan penjagaan dan pemerhatian di hospital terutama yang berisiko tinggi.

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 meningkat semula kepada 12,366 hari ini berbanding 10,972 semalam.

Jumlah di Selangor meningkat kepada 5,524 kes selepas empat hari berturut-turut menurun kepada 4,404 semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619