AGENSI

Masjid Jamilhuda sumbang 480 daging korban untuk penduduk, asnaf

20 Jul 2021, 9:17 AM
Masjid Jamilhuda sumbang 480 daging korban untuk penduduk, asnaf

AMPANG, 20 JULAI: Jawatankuasa Masjid Jamilhuda, Kampung Melayu di sini mengedarkan 480 bungkus daging korban kepada penduduk sekitar sempena perayaan Aidiladha.

Nazirnya Hassan Che Kob, 66, berkata setiap pek daging seberat dua kilogram (kg) diagihkan termasuk kepada 220 keluarga asnaf dan sebahagian untuk ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah masjid.

Katanya, pemberian tersebut adalah hasil korban tujuh ekor lembu dengan satu daripadanya sumbangan Kerajaan Selangor.

“Aktiviti sembelihan empat ekor lembu dijalankan di masjid manakala tiga lagi di kandang dengan kekuatan 20 petugas terdiri ahli jawatankuasa (AJK) dan ahli kariah mengikut tatacara operasi piawai (SOP)," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa berkata pihaknya melaksanakan ibadah korban tahun ini melibatkan 10 ekor kambing dan 11 ekor lembu termasuk satu sumbangan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Suzana Shaharudin menjelaskan aktiviti tersebut dijalankan dua hari di Stelvio Bukit Antarabangsa yang terletak berhampiran masjid Bukit Antarabangsa dan ladang ternak berdaftar.

“Agihan dibuat secara pandu lalu di masjid untuk penduduk sekitar membabitkan asnaf fakir dan miskin serta penghuni pangsapuri kos rendah,” katanya.

Kerajaan Selangor menetapkan hanya tiga premis dibenar melaksanakan aktiviti sembelihan ibadah korban sempena Aidiladha mengikut SOP ketat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619