AGENSI

LZS agih daging korban kepada 300 keluarga asnaf

13 Jul 2022, 7:36 AM
LZS agih daging korban kepada 300 keluarga asnaf

KLANG, 13 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan Program Korban Perdana 2022 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Bait Al-Hasanah di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata sebanyak 13 ekor lembu dan empat kambing dikorbankan sumbangan syarikat korporat dan individu.

Beliau menjelaskan program yang dilaksana sejak 2017 melibatkan agihan kepada 300 keluarga asnaf fakir dan miskin sekitar Klang, Petaling dan Kuala Langat.

"Kita juga akan melawat beberapa rumah asnaf untuk diagihkan sumbangan keperluan harian. Program korban perdana ini dapat diteruskan selepas dua tahun kita berdepan pandemik Covid-19," katanya.

Dalam program itu, Mohd Sabirin turut mengagihkan wang belanja harian kepada 125 anak-anak asnaf yang tinggal di asrama Bait Al-Hasanah bagi meraikan golongan kurang berkemampuan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619