PBT

Biak Aedes, pemilik pasar raya kena kompuan RM1,500

19 Jul 2021, 12:36 AM
Biak Aedes, pemilik pasar raya kena kompuan RM1,500

SHAH ALAM, 19 JULAI : Pemilik sebuah pasar raya di Sri Gombak, Batu Caves dikompaun RM1,500 kerana membiarkan persekitaran premis menjadi tempat pembiakan Aedes.

Pengarah jabatan korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata dalam operasi pada 15 Julai lalu, premis terbabit juga diarah menghentikan operasi selama dua minggu atas kesalahan berkenaan.

Menurut Mohd Zin Masoad pemilik dikenakan satu notis kacau ganggu sebanyak RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MPS) 2007 Seksyen 27(2) dan kompaun RM500 di bawah Seksyen 34(1).

"Penguat kuasa juga mendapati premis berkenaan tidak mematuhi tahap kebersihan yang digariskan sehingga terdapat tempat pembiakan tikus di kawasan penyimpanan dan penyusunan barang," katanya dalam kenyataan.

Justeru Mohd Zin mengingatkan pemilik premis dan masyarakat di seluruh pentadbiran Selayang agar tidak leka dan menjaga kebersihan persekitaran dengan mengamalkan langkah 10 minit bagi menghapus tempat pembiakan Aedes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619