EXCO

EXCO: Lebih 2,000 pelajar bakal terima subsidi data internet RM20

16 Jul 2021, 1:05 PM
EXCO: Lebih 2,000 pelajar bakal terima subsidi data internet RM20

SHAH ALAM, 16 JULAI: Seramai 2,600 penuntut dari tiga institusi pengajian tinggi (IPT) di Selangor disasar mendapat kemudahan data internet tanpa had dengan subsidi bulanan RM20 selama setahun.

EXCO generasi muda berkata jangkaan membabitkan 2,000 pelajar Universiti Selangor (Unisel), 500 mahasiswa Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) manakala selebihnya Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC).

Mohd Khairuddin Othman menjelaskan inisiatif Data Internet Selangor bawah Pakej Kita Selangor 2.0 boleh dimohon mulai semalam sehingga 15 September melalui laman sesawang www.platselangor.com dan klik Inisiatif Bisnes Amal.

"Pelajar dijangka menerima kad sim bermula 1 Oktober depan. Diharap inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada mereka terutama bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian," katanya kepada SelangorKini.

Program dengan peruntukan sebanyak RM17.5 juta itu diumumkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada 9 Jun.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menanggung subsidi RM20 melalui tawaran produk kad sim data internet tanpa had dengan kadar istimewa RM35 sebulan.

Antara golongan sasaran untuk menerima manfaat ialah penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619