AGENDA

PKPD 34 mukim di Selangor tamat, empat lokasi baharu mula Ahad

16 Jul 2021, 9:34 AM
PKPD 34 mukim di Selangor tamat, empat lokasi baharu mula Ahad

SHAH ALAM, 16 JULAI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu di 34 mukim Selangor ditamatkan seperti dijadual hari ini.

"Sidang khas Majlis Keselamatan Negara telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di semua mukim yang terbabit," kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun mengumumkan empat kawasan baharu dalam empat daerah akan dikuat kuasa perintah ketat itu selama dua minggu mulai 18 Julai.

Kawasan-kawasan tersebut seperti berikut:

1. Damai Apartment, mukim Damansara, Petaling

2. Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat

3. Jalan Batu Nilam, mukim Klang, Klang

4. Taman Samudera, mukim Batu, Gombak

Tambanya, tatacara operasi piawai (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Mengenai operasi pematuhan SOP di sektor perkilangan dan premis perniagaan, Ismail Sabri memaklumkan 65 premis diarahkan tutup semalam kerana ingkar arahan ditetapkan kerajaan.

Pihak polis juga mengeluarkan kompuan kepada 404 individu atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala 12 orang direman.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619