ADN

2,000 penduduk DUN Tanjung Sepat daftar terima vaksin Selangor

11 Jul 2021, 11:12 AM
2,000 penduduk DUN Tanjung Sepat daftar terima vaksin Selangor

SHAH ALAM, 11 JULAI: Seramai 2,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat mendaftar untuk menerima suntikan pelalian melalui Program Vaksin Selangor (Selvax).

Ahli Dewan Negeri Borhan Aman Shah, berkata jumlah itu diterima sejak pendaftaran dibuka pada 5 Julai hingga hari ini.

"Masih terdapat 500 kekosongan dan saya telah memaklumkan kepada ketua kampung supaya lebih banyak senarai penerima untuk didaftarkan menerusi pusat khidmat masyarakat.

"Dengan bantuan ketua kampung dapat mengelakkan nama penerima didaftar di kawasan yang jauh dari tempat tinggal untuk mendapatkan vaksin," katanya kepada SelangorKini.

Borhan yang juga EXCO pembangunan luar bandar kampung tradisi berkata beliau juga bercadang mahu menggabungkan program vaksin ini bersama DUN Banting dan Morib.

"Cadangan ini adalah kerana kawasan pentadbiran DUN Tanjung Sepat banyak di kawasan Kuala Langat selain memudahkan pergerakan penerima vaksin," katanya.

Selvax dilancarkan Kerajaan Selangor bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan vaksin penduduk.

Maklumat berkaitan Selvax boleh layari https://vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600. Orang ramai juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram @SelangorVAX.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619