BERITA UTAMA

7,000 kit kesihatan diagih ke semua CAC di Selangor

9 Jul 2021, 12:25 AM
7,000 kit kesihatan diagih ke semua CAC di Selangor

SHAH ALAM, 9 JULAI: Sebanyak 7,000 kit penilaian di rumah yang membantu pesakit Covid-19 memantau tahap kesihatan ketika kuarantin akan diagih ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di negeri ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata sebanyak 1,000 kit termasuk oximeter atau penukur kandungan oksigen dalam tubuh diberi kepada pesakit kategori satu dan dua di CAC Stadium Malawati semalam.

"Pesakit perlu mengemas kini tahap kesihatan menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) setiap dua kali sehari bagi membolehkan doktor melakukan pemantauan.

"Menerusi aplikasi ini, doktor memantau keadaan terkini pesakit berdasarkan kadar oksigen dalam darah selain menentukan sama ada mereka perlu dimasukkan ke hospital atau sebaliknya," katanya selepas sesi serahan kit berkenaan di sini.

Pada 9 Jun, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Pakej Kita Selangor 2.0, peruntukan RM1.25 juta bagi membekal kit berkenaan kepada individu yang dikesan positif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619