ADN

Wakil rakyat terima aduan tiada akses internet ikuti PdPR

7 Jul 2021, 11:59 PM
Wakil rakyat terima aduan tiada akses internet ikuti PdPR
Wakil rakyat terima aduan tiada akses internet ikuti PdPR

SHAH ALAM, 8 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menerima banyak aduan daripada masyarakat berhubung ketiadaan akses internet dan kekurangan peranti untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Wakil rakyat Edry Faizal Eddy Yusof berkata keluhan itu sering didengar daripada ibu bapa, namun tindakan sukar diambil kerana kemampuan untuk membantu agak terhad terutama akses internet.

[caption id="attachment_439285" align="alignleft" width="309"] Edry Faizal Eddy Yusof[/caption]

"Untuk peranti, kita boleh menggunakan peruntukan sedia ada bagi membantu masyarakat supaya tidak ketinggalan dalam pendidikan.

"Bagaimanapun kita tidak dapat membantu semua kerana peruntukan diterima juga perlu diagihkan untuk bantuan lain," katanya pada program bual bicara 'PdPR: Cabaran Emosi di Sebalik Layar menerusi Facebook Media Selangor.

Menurut Edry Faizal, kerajaan persekutuan seharusnya tidak mengambil mudah kelemahan akses internet yang dihadapi masyarakat terutama di kawasan luar bandar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619