BERITA UTAMA

Selangor beri lebih 8,000 lesen sementara kepada penjaja

3 Jul 2021, 8:33 AM
Selangor beri lebih 8,000 lesen sementara kepada penjaja

SHAH ALAM, 3 JULAI: Kerajaan Selangor telah mengeluarkan 8,386 lesen sementara antara Ogos tahun lalu hingga April tahun ini bagi memudahkan individu terkesan Covid-19 menjalankan perniagaan.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata inisiatif itu membolehkan penerima beroperasi secara sah hingga hujung tahun ini.

"Tahun lalu seramai 6,361 telah menerima lesen terbabit manakala dari Januari hingga April ini, kita keluarkan 2,025 permit.

"Pemberian lesen dijangka meningkat susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan. Jadi kita minta mana-mana individu yang mahu berniaga segera memohon lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing," katanya kepada SelangorKini.

Menurut Sze Han, Majlis Perbandaran Kajang mengeluarkan lesen tertinggi dengan 2,220 diikuti Majlis Perbandaran Petaling Jaya (1,642) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (1,172).

"Semua penerima merupakan rakyat negara ini dan kebanyakan mereka menjual makanan. Warga asing tidak dibenarkan menggunakan lesen ini.

"Dengan adanya lesen, penerima boleh beroperasi hingga hujung tahun. Setakat ini kita masih belum membuat keputusan sama ada menyambung tempoh itu atau sebaliknya kerana perlu melihat situasi semasa nanti," katanya.

Bermula Ogos tahun lalu, PBT negeri ini bermula dari Majlis Bandaraya Shah Alam memberikan permit sementara kepada peniaga tidak berlesen khususnya golongan berpendatan rendah (B40) yang terjejas akibat Covid-19.

PBT perlu memastikan tapak niaga bersesuaian, menjamin keselamatan serta tidak mendatangkan kacau ganggu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619