AGENDA

Lebih lapan juta dos vaksin diberi setakat semalam

1 Jul 2021, 4:02 AM
Lebih lapan juta dos vaksin diberi setakat semalam

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Sebanyak 8,083,685 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 5,774,667 penerima dos pertama manakala 2,309,018 telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 258,773 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan pemberian 163,756 dos pertama dan 95,017 dos kedua," katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 303,050 orang, diikuti Sarawak (250,011), Johor (244,400), Perak (209,174) dan Kuala Lumpur (198,655).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619