AGENDA

Parlimen: RM2.8 bilion dibelanja laksana program vaksin setakat Ogos

30 Sep 2021, 4:13 AM
Parlimen: RM2.8 bilion dibelanja laksana program vaksin setakat Ogos

SHAH ALAM, 30 SEPTEMBER: Sejumlah RM2.8 bilion dibelanjakan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Ogos lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perbelanjaan pelbagai agensi itu meliputi RM2.6 bilion bagi pembelian vaksin, RM210 juta kepada pengamal perubatan swasta dan RM19 juta meningkatkan aset Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurutnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang menerima peruntukan RM1 bilion pula membelanjakan RM314 juta setakat ini bagi menjayakan PICK.

"Perbelanjaan membabitkan kos operasi seperti sewa, pembersihan, peralatan dan kebajikan petugas pusat pemberian vaksin yang diberikan sagu hati serta makanan.

"Mosti turut berbelanja bagi meningkatkan pendaftaran di semua kawasan parlimen membabitkan perbelanjaan RM4.4 juta, kita berterima kasih kepada semua ahli parlimen yang membantu," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memohon penjelasan berhubung perbelanjaan kerajaan bagi melaksanakan PICK.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619