PBT

MPSepang menang tiga anugerah hasil pelitup muka hapus bakteria

30 Jun 2021, 2:18 AM
MPSepang menang tiga anugerah hasil pelitup muka hapus bakteria

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berjaya merangkul tiga anugerah menerusi Ekspo Teknologi Malaysia 2021: Anugerah Inovasi Antarabangsa Covid-19 pada 17 Jun lalu.

Yang Dipertuanya, Dato' Abd Hamid Hussain berkata anugerah tersebut dimenangi selepas menghasilkan produk inovasi GF Supermask, iaitu pelitup muka teknologi baharu.

"GF Supermask ini boleh digunakan semula selepas dibasuh kerana graphene (karbon) yang ada pada pelitup muka tersebut boleh menghapus bakteria apabila ia dijemur di tempat yang panas.

"Tahniah kepada wakil pasukan MPSepang iaitu Kumpulan Krew Inovasi Sepang Selangor (KISS) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN) yang berusaha menghasilkan produk ini," katanya menerusi kenyataan.

Susulan kejayaan itu, pasukan tersebut berjaya membawa pulang pingat emas, Anugerah Khas dari Persatuan Persekutuan Pencipta Antarabangsa (IFIA) dan Anugerah Terbaik dari Jabatan Perdana Menteri.

Ekspo yang diadakan kali kedua itu bertujuan mengiktiraf sektor swasta, kerajaan dan institut pengajian tinggi dalam penghasilan inovasi yang dianjurkan oleh Protemp Exhibitions and Conference Sdn Bhd dengan kerjasama beberapa agensi.

Lebih 100 penyertaan terdiri daripada penyelidik, profesor, doktor, ahli akademik mewakili pelbagai organisasi dan negara seperti Ukraine, Indonesia, United Kingdom, Poland dan Turki.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619