BERITA UTAMA

Individu mahu berniaga ketika PKP digalak mohon lesen sementara PBT

29 Jun 2021, 7:01 AM
Individu mahu berniaga ketika PKP digalak mohon lesen sementara PBT

SHAH ALAM, 29 JUN: Individu terjejas Covid-19 dan bercadang memulakan perniagaan kecil-kecilan digalakkan memohon lesen sementara dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

EXCO kerajaan tempatan berkata langkah itu akan memudahkan urusan perniagaan selain memastikan peniaga beroperasi di kawasan selamat serta tidak mengganggu lalu lintas.

"Kita jangka jumlah penjaja meningkat susulan PKP 3.0 dilanjutkan. Pandemik ini menyebabkan kehidupan makin terdesak dan masyarakat akan memilih bidang perniagaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Kita galakkan mereka pohon lesen sementara. Kerajaan Selangor sedia membantu penduduk bagi memastikan mereka mampu menjana pendapatan," kata Ng Sze Han kepada SelangorKini hari ini.

Pada Mac, Dato' Menteri Besar menyarankan PBT memudahkan permohonan lesen perniagaan sementara untuk membantu golongan terjejas susulan Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata agensi itu juga perlu menyediakan beberapa kawasan khusus untuk peniaga kecil dan jualan but kereta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619