EXCO

Syarikat caj pekerja suntik vaksin boleh dikena tindakan - EXCO

25 Jun 2021, 10:36 AM
Syarikat caj pekerja suntik vaksin boleh dikena tindakan - EXCO

SERI KEMBANGAN, 25 JUN: Majikan berdaftar boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati mengenakan caj bagi suntikan vaksin Covid-19 untuk pekerja, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata mengikut syarat perjanjian, syarikat yang mendaftar mendapatkan vaksin tersebut melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) perlu menanggung segala kos.

"Pekerja dikenakan bayaran secara sekali gus atau potong gaji diminta buat aduan supaya kita tahu syarikat apa dan tarikh vaksinasi. Kita akan cari (majikan) berdasarkan rekod.

"Jika berlaku (caj pekerja), kita akan serah kepada Selgate Corporation Sdn Bhd untuk ambil tindakan," katanya selepas program saringan Covid-19 anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang hari ini.

Pada 9 Jun, Dato' Menteri Besar ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0 memaklumkan peruntukan berjumlah RM200 juta untuk menjayakan Program Suntikan Vaksin Covid-19 Selangor.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata perbincangan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memuktamadkan bekalan vaksin berfasa bermula akhir bulan ini.

Program itu memfokus penerima vaksin dalam kalangan warga emas, pekerja industri dan kilang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619