ADN

Pelajar cemerlang SPM Pandan Indah terima wang tunai, komputer riba

21 Jun 2021, 1:46 AM
Pelajar cemerlang SPM Pandan Indah terima wang tunai, komputer riba

SHAH ALAM, 21 JUN: Seramai 11 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sekitar Pandan Indah menerima sagu hati berupa wang tunai dan sijil penghargaan sumbangan wakil rakyatnya.

Ir Izham Hashim berkata mereka yang meraih pencapaian 8A hingga 10A turut menerima komputer riba jenis Chromebook sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.

"Tahniah kepada pelajar kerana berjaya menghasilkan keputusan cemerlang walaupun terpaksa menempuh pembelajaran sukar tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.

"Tidak dilupa ibu bapa dan guru yang bertungkus-lumus mengajar anak-anak dalam tempoh mencabar ini," katanya kepada SelangorKini.

Pada 10 Jun lalu, menteri kanan pendidikan memaklumkan keputusan SPM tahun lalu mencatat Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.80 mata, terbaik dalam tempoh lima tahun sejak 2016.

Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan calon yang layak memperoleh sijil SPM juga meningkat kepada 88.68 peratus berbanding 86.72 peratus pada 2019.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619