ADN

ADN gesa perbaiki khidmat ambulans bawa pesakit Covid-19 ke hospital

20 Jun 2021, 12:00 AM
ADN gesa perbaiki khidmat ambulans bawa pesakit Covid-19 ke hospital

SHAH ALAM, 20 JUN: Kerajaan digesa menambah baik perkhidmatan ambulans bagi menampung tambahan pesakit Covid-19 untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Wakil rakyat Seri Kembangan berkata masalah yang dihadapi sejak dua bulan lalu di kawasan terbabit belum ditangani meskipun banyak panggilan dibuat kepada hospital.

"Ia sememangnya memberi tekanan kepada kita kerana pesakit atau ahli keluarga mereka tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.

"Setiap kali mereka cuba hubungi hospital, operator akan maklumkan ambulans sedang sibuk dan minta pesakit pergi sendiri ke hospital," kata Ean Yong Hian Wah ketika dihubungi.

Beliau menambah kerajaan perlu menggunakan pengalaman mengurus pandemik sejak tahun lalu untuk memperbaiki kelemahan dalam sistem perkhidmatan kesihatan.

"Adalah tidak wajar mereka masih tidak dapat menguruskan hal seperti ini dan sepatutnya menangani kelemahan yang ada dengan segera supaya tidak membebankan rakyat," kata Ean Yong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619