ADN

Ratusan pelajar susah di Pandan Indah dapat tablet untuk PdPR

19 Jun 2021, 12:01 AM
Ratusan pelajar susah di Pandan Indah dapat tablet untuk PdPR

SHAH ALAM, 19 JUN: Sebanyak 480 peranti mudah alih disumbangkan kepada pelajar kurang berkemampuan sekitar Pandan Indah bagi memudahkan pembelajaran secara maya.

Ahli Dewan Negerinya berkata agihan meliputi 300 unit tablet dan 180 komputer riba kepada pelajar sekolah rendah, menengah serta institusi pengajian tinggi.

"Saya memastikan tablet dan komputer riba jenis Chromebook yang diserahkan menepati piawaian serta berkualiti tinggi supaya anak-anak ini dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan baik.

"Mereka adalah aset masa depan yang akan mewarisi negara dan seharusnya mendapat sumber pendidikan sempurna tanpa mengira perbezaan agama serta bangsa," kata Ir Izham Hashim ketika dihubungi.

Kelmarin, sebanyak 25 unit alat peranti itu diserahkan kepada pelajar terpilih di kawasan terbabit dalam sumbangan fasa keempat.

Ketika ini, pelajar masih mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan penularan kes Covid-19 pada tahap membimbangkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619