EXCO

EXCO: Kematian akibat denggi turun lebih 90 peratus tahun ini

18 Jun 2021, 9:21 AM
EXCO: Kematian akibat denggi turun lebih 90 peratus tahun ini

SHAH ALAM, 18 JUN: Jumlah kes dan kematian akibat demam denggi di Selangor sehingga 5 Jun tahun ini mencatatkan penurunan, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata sebanyak 75.1 peratus penurunan kes direkodkan dengan jumlah kumulatif 11,629 berbanding 46,713 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Kes kematian demam denggi turut menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 92.7 peratus dengan merekod enam kes berbanding 82 kes tahun lalu," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta untuk memerangi Aedes termasuk pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, selaras dengan tema “10 Minit Hapuskan Aedes” dan sempena Hari Denggi Asean peringkat kebangsaan 2021, Dr Siti Mariah menyeru seluruh rakyat bersama memerangi Aedes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619