AGENDA

Anwar minta PM akur titah Agong, buka Parlimen segera

17 Jun 2021, 4:11 PM
Anwar minta PM akur titah Agong, buka Parlimen segera

SHAH ALAM, 17 JUN: Ketua pembangkang meminta perdana menteri akur titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan dengan segara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pandangan itu disuarakan setelah mendengar keluhan masyarakat dan majoriti pimpinan parti politik yang menuntut darurat dihentikan.

"Istana Negara terpaksa menyuarakan kerana ini keluhan masyarakat dan setelah mendengar majoriti parti, pimpinan parti politik yang menuntut darurat dihentikan dan Parlimen mengadakan sidang dengan kadar segera.

"Kalau kamu enggan, maka dengan cara terhormat kamu harus undur dan letak jawatan," katanya menerusi siaran langsung di Facebook, malam tadi.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu juga, titah Raja-Raja Melayu mengenai tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos adalah kenyataan jelas.

"Bagi saya Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dalam menasihati Agong boleh buat keputusan terus hentikan darurat sekarang atau selewatnya 1 Ogos... apa jawab perdana menteri?

"Beliau menyatakan telah sampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong soal covid, ekonomi, Parlimen, darurat..setelah dengar ini semua Agong berpendapat dan memberikan pandangan dengan titah yang sedemikian maknanya tidak memuaskan," katanya.

Semalam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Dewan Rakyat harus bersidang secepat mungkin selepas mempengerusi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619