ADN

Kaunter bergerak daftar vaksin di Sasaran Sungai Buloh esok

17 Jun 2021, 3:16 PM
Kaunter bergerak daftar vaksin di Sasaran Sungai Buloh esok

SHAH ALAM, 17 JUN: Kaunter bergerak pendaftaran vaksin bagi golongan warga emas akan dibuka di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor, jam 8.30 pagi esok.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata inisiatif berkenaan dapat memastikan lebih ramai golongan berisiko menerima vaksin Covid-19.

"Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Melawati akan membantu pendaftaran, mengenal pasti keperluan pengangkutan ke pusat pemberian vaksin (PPV) serta membuat penerangan kempen vaksinisasi ini.

"Program akan dijalankan di setiap kampung dan lokaliti terpilih untuk membantu golongan rentan seperti warga emas dan OKU mendaftar mendapatkan suntikan vaksin," katanya menerusi Facebook.

Pada 15 Jun, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) giat mengesan warga emas di Selangor yang belum mendaftar suntikan vaksin.

Setakat ini Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) peringkat Selangor fasa kedua mencapai 88 peratus pendaftaran daripada jumlah keseluruhan warga emas berdaftar.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619