PBT

MBPJ sasar periksa pematuhan SOP lebih 1,000 pengurusan strata

17 Jun 2021, 9:20 AM
MBPJ sasar periksa pematuhan SOP lebih 1,000 pengurusan strata

PETALING JAYA, 17 JUN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyasarkan 1,264 syarikat pengurusan strata diperiksa menerusi operasi pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang sekatan pergerakan penuh.

Pengarah Unit Pesuruhjaya Bangunan MBPJ berkata operasi dilaksana selepas kuasa diberi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengeluar kompaun bagi kesalahan mengikut Akta 342 berkuat kuasa 14 April lalu.

Katanya, pemeriksaan antara lain menyemak surat kelulusan operasi syarikat dan senarai pekerja dibenarkan hadir oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

"Kita semak bagi pastikan tidak berlaku salah guna atau pemalsuan dokumen. Setakat ini, mereka menunjukkan pematuhan SOP yang baik," kata Sr Jayanthi Kupusamy selepas operasi di Zenith Residences, di sini, hari ini.

Selain itu beliau berkata sebanyak 10 pengurusan strata telah disenarai untuk diperiksa dalam masa terdekat ini.

Jika terdapat pelanggaran SOP, Akta 342 menetapkan kompaun RM2,000 bagi individu manakala RM10,000 untuk syarikat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619