AGENDA

Moratorium Hijrah bantu kelangsungan hidup peniaga kecil

16 Jun 2021, 6:10 AM
Moratorium Hijrah bantu kelangsungan hidup peniaga kecil
Moratorium Hijrah bantu kelangsungan hidup peniaga kecil

SHAH ALAM, 16 JUN: Moratorium pembayaran pinjaman kepada usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) merupakan usaha yang sangat baik bagi membantu peniaga kecil yang terjejas ketika pandemik.

Perunding Kewangan Firdaus Pay berkata inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Pakej Kita Selangor 2.0

dapat membantu kelangsungan hidup peniaga kecil dan penjaja.

[caption id="attachment_475724" align="alignleft" width="284"] Perunding Kewangan Firdaus Pay[/caption]

"Peniaga ini adalah golongan terkesan dan agak teruk dengan pandemik yang melanda kita sekarang, jadi moratorium selama sebulan setengah dapat membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

"Kalau mereka betul-betul terjejas memang bagus untuk ambil moratorium ini. Jika mereka berniaga mereka ada pendapatan tetapi jika tidak, mereka tiada pendapatan," katanya menerusi temubual secara langsung di Facebook Media Selangor.

Beliau juga menyambut baik moratorium bersasar dilaksanakan kerajaan ketika ini, mengatakan langkah itu membantu peminjam menggunakan peruntukan yang sepatutnya membayar pinjaman untuk kegunaan lain yang lebih penting.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan seramai 40,000 usahawan Hijrah diberikan moratorium bayaran pinjaman selama satu setengah bulan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Pada 11 Jun, Pengarah Eksekutif Hijrah Dato’ Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata pihaknya menjelajah ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyegerakan pelaksanaan dasar itu memandangkan majoriti peminjam golongan B40.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619