ADN

Wakil rakyat Bukit Melawati bantu cungkil bakat jaguh motosikal

14 Jun 2021, 8:01 AM
Wakil rakyat Bukit Melawati bantu cungkil bakat jaguh motosikal

SHAH ALAM, 14 JUN: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati akan terus menyokong usaha mencungkil bakat baharu dalam sukan permotoran.

Juwairiya Zulkifli berkata kejayaan Syarifuddin Azman menjuarai saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol semalam yang diasah bakatnya di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor boleh menjadi pendorong.

"Sejak menjadi wakil rakyat, saya ada membangkitkan keperluan naik taraf litar berkenaan dan syukur Kerajaan Negeri luluskan peruntukan RM300,000.

"Semoga dengan kemudahan lebih baik ini dapat melahirkan lebih ramai pelumba motosikal profesional yang dapat mengharumkan nama negara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Juwairiya berkata litar berkenaan sememangnya terkenal dalam kalangan pelumba motosikal termasuk atlet profesional kerana treknya mencabar yang dapat meningkatkan teknik.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619