AGENDA

Tiga taman perumahan di Sabak Bernam dikenakan PKPD tamat esok

11 Jun 2021, 11:50 AM
Tiga taman perumahan di Sabak Bernam dikenakan PKPD tamat esok

SHAH ALAM, 11 JUN: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga taman perumahan di Sabak Bernam ditamatkan mulai esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lokasi terlibat adalah Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju menamatkan PKPD di tiga taman perumahan ini pada 12 Jun bermula jam 11.59 malam," katanya menerusi kenyataan.

KKM telah melakukan 5,206 saringan di ketiga-tiga lokaliti tersebut dan mendapati 164 dijangkiti Covid-19.

Malah, kes didapati menurun dan kluster juga terkawal manakala semua yang dikesan positif telah menerima rawatan.

PKPD dilaksana selama 14 hari sejak 30 Mei ekoran peningkatan ketara kes di lokaliti itu dalam tempoh singkat iaitu 113 daripada 1,237 saringan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619