AGENDA

Pembangkang Selangor diberi dana RM50,000 untuk bantu rakyat

11 Jun 2021, 2:58 AM
Pembangkang Selangor diberi dana RM50,000 untuk bantu rakyat
Pembangkang Selangor diberi dana RM50,000 untuk bantu rakyat
Pembangkang Selangor diberi dana RM50,000 untuk bantu rakyat

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan persekutuan digesa mencontohi langkah Kerajaan Selangor menyediakan dana kepada wakil rakyat pembangkang bagi menjayakan program rakyat.

Peruntukan tambahan RM50,000 diberi kepada semua Ahli Dewan Negeri (ADN) dan ahli parlimen Pakatan Harapan berjumlah RM30,000.

[caption id="attachment_475069" align="alignright" width="334"] Dr Ong Kian Ming[/caption]

Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming

"Saya harap kerajaan persekutuan boleh mengikut sikap Kerajaan Selangor di mana pihak pembangkang diberikan peruntukan yang sama dengan ADN kerajaan. Kita perlu menghadapi cabaran pandemik ini bersama tak kira parti politik."

Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani

"Satu inisiatif yang sangat dialu-alukan selepas peruntukan kita selaku ahli parlimen pembangkang ditarik balik. Keprihatinan Kerajaan Negeri sangat kita hargai dengan tambahan peruntukan RM30,000 yang diberikan untuk terus membantu rakyat ketika pandemik Covid-19."

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad

"Terima kasih kepada Kerajaan Selangor atas bantuan tersebut. Sebagai ahli parlimen pembangkang kami tidak lagi mendapat peruntukan seperti dahulu. Namun, kami berusaha untuk memberi khidmat kepada rakyat di kawasan kami. Setiap bantuan amat dialu-alukan."

Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah

"Ia membantu ahli parlimen men-yalurkan bantuan kepada penduduk memerlukan terutama mereka yang terpaksa menjalani kuarantin di rumah. Lagipun sehingga kini dana amat terhad memandangkan tiada peruntukan yang disalurkan dari pusat bagi tujuan berkenaan."

[caption id="attachment_475068" align="alignleft" width="293"] Mohamad Sabu[/caption]

Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu

“Amat baik terutama dalam suasana rakyat amat memerlukan. Terutama bantuan makanan bagi membela golongan berpendapatan rendah yang terjejas.”

ADN Jeram Mohd Shaid Rosli

"Inisiatif yang bagus tetapi diharap tambahan RM50,000 peruntukan baharu bukan menggunakan peruntukan sedia ada seperti sebelum ini. Jika sedia ada, kami pembangkang memang sudah tiada peruntukan. Terima kasih Kerajaan Selangor kerana cakna dengan kami walaupun berbeza fahaman politik."

Ketua Pembangkang Selangor Rizam Ismail

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pemberian peruntukan tambahan berjumlah RM50,000 program bakul makanan kepada semua ADN Selangor termasuk pembangkang. Saya menyambut baik inisiatif dalam usaha memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di setiap kawasan yang sangat terkesan dengan masalah Covid-19 tanpa mengira latar belakang parti."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619