AGENDA

Kerajaan Negeri belanja RM3.4 juta bantu penternak, petani

8 Okt 2021, 1:07 AM
Kerajaan Negeri belanja RM3.4 juta bantu penternak, petani

BANDAR BARU BANGI, 8 OKT: Sejumlah RM3.4 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu penternak dan petani terkesan pandemik Covid-19.

EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berkata ia termasuk inisiatif Agro Prihatin Selangor yang dilaksana bagi membeli lambakan hasil tani.

"Setakat ini tidak lagi dengar lambakan hasil tani dan semuanya sudah stabil dan boleh memfokuskan kerja pembangunan untuk meningkatkan hasil," katanya selepas melawat Kebun Komuniti Seksyen 8 Prima di sini semalam.

Terdahulu Izham diiringi Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad dan Ahli Dewan Negeri Sg Ramal Mazwan Johar menyampaikan baucar makanan akuakultur di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 kepada 39 penternak ikan di daerah Hulu Langat.

Menurut Izham baucar makanan itu diberikan untuk membantu mengurangkan beban berikutan kenaikan harga ternakan sekaligus dapat meneruskan usaha penternakan.

"Bagi penternak ikan mereka menerima bantuan makanan ikan, baja tanaman, nelayan mendapat subsidi petrol manakala penternak lembu diberi bantuan makanan ruminan,"katanya.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor memperuntuk lebih RM13 juta bagi membantu petani dan penternak yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif sebahagian Pakej Kita Selangor 2.0 merangkumi RM10 juta untuk program jaminan bekalan makanan, Program Agro Prihatin (RM1.5 juta) dan program peningkatan hasil (RM1.93 juta).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619