AGENDA

EXCO: Manfaat moratorium Hijrah untuk masa depan

10 Jun 2021, 6:50 AM
EXCO: Manfaat moratorium Hijrah untuk masa depan

SHAH ALAM, 10 JUN: Usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) yang menikmati moratorium pembayaran pinjaman selama satu setengah bulan harus memanfaatkannya dengan melakukan persediaan berdepan situasi masa depan.

EXCO pembangunan usahawan berkata inisiatif dalam Pakej Kita Selangor 2.0 itu akan memberi kelegaan kepada usahawan yang peniagaannya berdepan keadaan tidak menentu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Moratorium itu bermula 1 Julai dan tiada kutipan untuk tempoh enam minggu memandangkan pembayaran dibuat secara mingguan. Diharapkan mereka rancang sebaiknya sumber sedia ada kerana kita tidak tahu sampai bila situasi ini," kata Rodziah Ismail ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan seramai 40,000 usahawan Hijrah diberikan moratorium bayaran pinjaman selama satu setengah bulan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Pakej bernilai RM551.56 juta itu bagi membantu golongan yang terkesan dengan PKP.

Bertemakan Bersama Menuju Kejayaan, pelan itu bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619