AGENDA

40,000 usahawan Hijrah dapat moratorium pinjaman satu setengah bulan

9 Jun 2021, 12:00 PM
40,000 usahawan Hijrah dapat moratorium pinjaman satu setengah bulan

SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 40,000 usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) diberikan moratorium bayaran pinjaman selama satu setengah bulan.

Dato' Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri memahami kesukaran golongan itu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan perniagaan dan gangguan aliran tunai.

"Inisiatif ini bakal memberi impak kewangan berjumlah RM11.35 juta," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Pakej Kita Selangor 2.0 hari ini.

Terdahulu, beliau membentangkan pakej bernilai RM551.56 juta bagi membantu golongan yang terkesan dengan PKP.

Bertemakan Bersama Menuju Kejayaan, pelan itu bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri juga akan menyediakan pembiayaan kepada individu ingin memulakan perniagaan tetapi mempunyai masalah dari segi modal awalan dan pusingan.

"Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui Hijrah memperuntukkan RM80 juta bagi membantu 8,000 usahawan dengan modal awalan bagi memulakan perniagaan.

"Program ini dikhususkan buat mereka yang hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan akibat dari pelaksanaan PKP," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619