AGENDA

Subsidi kad SIM data internet selama 12 bulan

9 Jun 2021, 9:39 AM
Subsidi kad SIM data internet selama 12 bulan

SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 70,000 golongan sasar akan menikmati kemudahan data internet tanpa had dengan kadar bulanan RM15 selama 12 bulan.

Dato' Menteri Besar berkata program Data Internet Selangor menyasar penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.

"Program dengan peruntukan RM17.5 juta menawarkan produk kad sim data internet tanpa had dengan kadar istimewa RM35 sebulan yang akan diberi subsidi RM20 sebulan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk tempoh 12 bulan.

"Penerima hanya membayar RM15 dan selebihnya RM20 akan dibayar oleh MBI," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Pakej Kita Selangor 2.0 hari ini.

Beliau turut mengumumkan Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) membabitkan kerjasama MBI dan Telekom Malaysia (TM) yang boleh didaftar mulai 1 Julai.

Jelasnya, setiap isi rumah berpeluang menikmati subsidi antara RM10 hingga RM30 sebulan bagi tempoh setahun dengan melanggan satu daripada lapan pakej diperkenalkan.

"Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan semua 56 pejabat Dewan Undangan Negeri dalam usaha memastikan seramai mungkin mereka yang layak untuk mendapat manfaat SISM40," kata Amirudin.

Terdahulu, beliau membentangkan Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bertemakan Bersama Menuju Kejayaan, pelan itu bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani dan penggiat pelancongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619